Snap It

Selamat Membaca
.

Search

Monday, February 7, 2011

Belum Terlambat Untuk 新年快樂


新年快樂

Happy Chinese New Year 2011



Bukit Bintang Street..KL



Sunday, February 6, 2011

Sushi??

At one of the Wangsa Walk Food Restaurant



Shell between the Sand







Gambar diambil di Pantai Sepat,Kuantan Pahang Darul Makmur

Bukit Gambang Resort City




Disebabkan aku ni orang Gambang,Kuantan Pahang Darul Makmur..aku promosikan resort ni kat intenet,, demi memajukan negeriku Pahang darul makmur.. kalo dari umah aku kat kampung tu 10-15 minit dah sampai resort ni dengan berkereta,,kalo berbasikal dalam 1 jam jugak..atau 40 minit.. kalo naik bas,, tunggu bas sahaja sudah memakan masa 4 jam... entah bila pengangkutan awam kat negeri pahang ni nak bagus..sepuluh tahun berlalu tapi sistem pengangkutan awam kat kuantan ni memang teruk..


pandangan dari jauh taman tema gambang


Sebelum terlajak jauh, kalo korang dari KL atau Terengganu guna LPT(lebuhraya pantai timur) keluar tol Gambang.. lepas bayar tol..teruskan perjalanan ,nanti akan jumpa UMP(universitas Malaysia Pahang,) terus lagi jumpa trafik lite besar simpang 4..terus ke muadzam,kiri ke kuantan..korang ambik kanan menghala pekan gambang,KL,Maran..drive lebih kurang sepuluh minit..korang akan jumpa singboard Bukit Gambang Resort City.. nanti korang masuk kanan,,jumpalah tempat ni..


Dalam building ni ada kaunter tiket,, kopitiam.. gerai2..

Ni harga tiket nak masuk taman tema ni,,

Dewasa=RM 21.90 harga promosi,harga biasa=RM28.oo

Kanak2=RM 14.90 harga promosi,harga biasa=RM 18.00

Taman tema ni bukak dari jam10.00/11.00 am hingga 6.pm jer..

Selain dari aktiviti Taman Air,,ada aktiviti lain jugak kat sini seperti:

1.Paintball
   RM 70 sorang,min perang 2 lwn 2(warzone)
   RM 10 sorang kalo setakat nak tembak2 target..bukan 
   tembak babi hutan atau beruk.. tembak patung kot.

2.ATV ride(all-terrain vehicle)
    naik ATV pusing2 hutan sekeliling.
 Kalo setakat bak fun Ride hanya RM 30. Kalo 

 yang mencabar bole try Off Road Course RM 100


pakcik ni pilih ATV nak bawak..makcik tgh merajuk sbb pakcik tu nak cari yg single seat


3. Jungle Tracking=RM 5 sorang,,min 15 org.

4. Horse cariage Ride = RM10 sorang

6. Tram ride dari hotel ke taman outdoor atau taman tema air =RM 1 satu trip sorang.

7.Naik kuda RM 10 sorang.. 


tempat aktiviti outdoor


Kat sini juga terdapat aktiviti Flying Fox yang tak diketahui harganya,,,


PERHATIAN: Taman Tema Air tutup pada hari SELASA..kecuali pada cuti umum atau cuti sekolah.






Resort yg terdapat di Gambang Resort City.. Caribbean Bay Suite... terdapat taman permainan kanak2 di perkarangan resort ini... 


 Segala harga/bayaran di taman tema dan aktiviti2 yang terdapat di taman ini adalah harga yg ditawarkan setakat 2 Feb 2011.. sebarang maklumat lanjut atau senarai harga /bayaran terbaru layari  www.bgrc.com.my