24.11.2010
Pulau Yeonpyeong ,pulau kepunyaan Korea Selatan bersempadan dengan Korea Utara telah dibom
sekurang2 nya 200 bedilan artileri tentera Korea Utara.Kepulauan yang berkeluasan kira-kira 7 kmpsg &
berpenduduk lebih kurang 1500 orang itu dihujani bedilan-bedilan meriam setelah Kerajaan Korea Selatan
tidak mengendahkan Pyongyang supaya tidak menjalankan latihan ketenteraan hujung minggu dengan tentera
Amerika Syarikat. Kira-kira 2 anggota tentera marin Korea Selatan mati dan lebih kurang 12 orang awam
cedera dalam kejadian ini.
PENDAPAT:
1.Amerika Syarikat memang telah diketahui sekutu rapat Korea Selatan.
2. Korea Selatan dibom kerana ,amaran supaya tidak membuat latihan perang dgn USA diendahkan,
3.Jika berlaku perang di semenanjung korea ini, USA pasti akan mengirimkan armada perang yang sama sepertimana USA menakluk Iraq.
4. Peluang Amerika menguji sistem,alatan,teknologi perang yang baru.
5.Tapi sekiranya perang berlaku,bukan satu perang yang mudah buat Amerika Syarikat dan Korea Selatan kerana China dan Rusia adalah sekutu negara komunis Korea Utara,
6.Sebaik sahaja selepas berlaku berbalas tembakan meriam antara 2 negara korea ini, Menteri Pertahanan Korea Selatan Kim Tae-young- melepaskan jawatan ,digantikan - Kim Kwan-jin. mungkin ada konspirasi pilitik?
7.Komander Tertinggi Tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan Jeneral Walter Sharp mengadakan lawatan ke pulau tersebut sebagai tanda sokongan Amerika Syarikat.
8. Jika benar Amerika Syarikat ingin menjaga keamanan Dunia, kenapa kekejaman Israel di Palestin diendahkan? atau apa yang berlaku di Korea Selatan adalah satu lagi tektik untuk mengalihkan perhatian dunia atas kekejaman Israel..
No comments:
Post a Comment