Snap It

Selamat Membaca
.

Search

Saturday, October 9, 2010

Harga Rokok Naik


Harga rokok naik? nape harga naik ni.. ? hem.. adakah ini langkah kerajaan pemerintah yg seterusnya setelah larangan merokok ditempat awam, poster berhenti merokok di tepi jalan, gambar kaki,mulut,bayi yg bepenyakit disebabkan rokok, iklan2 di television anti merokok tidak berkesan kepada perokok2 yg mmg tegar di Malaysia ni..

Atau hanya letak jer sign No Smoking.. tp tiada penguatkuasaan...

Penjualan Rokok kat Malaysia ni sebenarnya salah satu pendapatan negara yg terbesar selain petrol... byk kilang besar kat malaysia.. ini adalah petikan dari Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.. siap ada lembaga macam lembaga tabung haji gitu... hahahahaha

"
4. Kenapa LKTN perlu menggalakkan penanam tembakau sedangkan terdapat dasar dilarang merokok?

LKTN tidak menggalakkan merokok atau terlibat dirinya dalam program untuk meningkat permintaan kepada tembakau. Permintaan kepada rokok terjejas disebabkan banyak faktor yang tidak termasuk kerana adanya tembakau domestik atau wujudnya industri tanaman tembakau domestik. Ini dapat dilihat dari banyak negara yang maju dengan industri rokok walaupun mereka tidak menanam tembakau langsung.

Dengan mengambil kira kesan dari pelbagai program untuk tidak menggalakkan merokok, apa-apa permintaan yang ada kepada tembakau paling baik diperolehi dari pengeluar tempatan, dari sebaliknya dimport dan hilang pertukaran wang asing, juga memanfaatkan pengeluar asing dalam proses berkenaan. Permintaan domestik sekarang untuk 15 juta kilogram tembakau mempunyai potnesi pasaran RM200 juta setahun yang mewujudkan implikasi sosio-ekonomi yang besar dalam segi pekerjaan, kesan gandaan dan pendapatan yang disuntik ke dalam ekonomi luar bandar di negeri-negeri utama pengeluar tembakau di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.


Malaysia meletakkan tembakau dalam senarai sensitif dalam skim CEPT AFTA. Ini bererti tembakau akan dibebaskan (0 - 5% duti import) dalam tahun 2010. Industri tembakau di Malaysia sekarang diasaskan kepada sistem pengeluaran pengawet 2 peringkat yang kurang cekap. Sepertimana lain-lain komoditi pertanian, tembakau tidak mampu bersaing dengan negara-negara berkos pengeluaran rendah yang mengenakan upah buruh rendah ke atas pengeluaran komoditi yang sama. Komitmen kerajaan kepada AFTA menjadikan industri tembakau perlu disusun semula ke arah kecekapan dan berdayasaing. Penyusunan Semula Industri Tembakau melibatkan perubahan struktural daripada sistem pengeluaran pengawet 2 peringkat yang kurang cekap sekarang kepada sistem pengeluaran penanam pengawet yang lebih cekap dan bersepadu. Penyusunan semula adalah termasuk membangun penanam pengawet individu berasaskan keluarga dan penanam pengawet besar, penyelidikan dan pembangunan, pemindahan teknologi, saliran dan pengairan, mekanisasi dan meningkatkan penyuburan tanah.

Pada amnya tembakau ditanam secara relatifnya berskala kecil kecuali di setengah-setengah negara di mana terdapat kawasan sesuai yang luas dan tenaga buruh yang murah. Bagi Malaysia, pilihan yang terbukti ialah tanaman berasaskan keluarga yang bersepadu dan cekap di bawah konsep PPI (Penanam Pengawet Individu) di mana kos dapat dikurangkan terutamanya bila diasaskan kepada buruh keluarga dan pendapatan yang diharapkan diasaskan kepada pulangan kepada buruh yang setaraf dengan pertanian alternatif lain atau pendapatan dari sumber bukan pertanian. Kebanyakan dari 1,900 penanam pengawet yang dibangunkan sehingga sekarang adalah mampu mengeluarkan dengan kos sekitar RM8.00/kg. yang dianggap berdayasaing, dan akan lebih berdayasaing selepas modal yang dikeluarkan dan pinjaman yang diambil dilunaskan.

Ramai pengawet tembakau menanam untuk awetan sendiri di bawah konsep PBB (Penaban Pengawet Besar) dengan kos pengeluaran sekitar RM10/kg.. Saiz ladang purata adalah sekitar 3 - 5 hektar dengan mengambilkira batasan-batasan kesesuaian tanah, pengalaman dan kemudahan asas, juga untuk menjamin pengawasan dan pengurusan yang baik. Ladang yang lebih besar sehingga 50 hektar telah dicuba tetapi belum menunjukkan kejayaan lagi disebabkan masalah berkaitan dengan kesesuaian tanah/adanya tanah, operasi ladang yang tidak secocok (syncronized) dengan cuaca yang menjejaskan operasi mekanisasi dan penyakit selepas beberapa tahun ditanam secara berterusan."





No comments:

Post a Comment