Snap It

Selamat Membaca
.

Search

Monday, October 11, 2010

Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Lebuhraya – 12 Maut

bas delima kemalangan Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Lebuhraya – 12 Maut
12 nyawa dan lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan 7 buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau Negeri Sembilan semalam.

Difahamkan tragedi ngeri ini berlaku pada 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita. Setakat
tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti. Kenderaan yang terbabit dalam kemalanagan itu ialah sebuah bas express Delima,
sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.

Kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas express Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya. “Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.

“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki. -Kosmo

kemalangan bas lebuhraya utara selatan melaka Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 Tragedi Lebuhraya – 12 Maut

1 comment: